Asalnya
bidang masakan bukan passion saya. Baking, mungkin ada sebab selalu tolong mak
buat kuih raya. Seronok bermain dengan warna-warna dan pelbagai acuan kuih raya.
Saban
hari mak sering bercerita, si polan si polan belajar buat talam, si polan si polan
belajar buat roti, si polan si polan belajar buat coklat dan banyak lagi si
polan tuh belajar.
Dalam
kepala langsung tak ada minat untuk belajar benda-benda tuh semua. Monolog
sendiri, “nak buat apa belajar tuh semua?’
Sampai
satu tahap, zaman kegilaan choc moist cake. Sana sini orang sibuk belajar dan
post pasal choc moist cake. Sampai masa, zaman choc moist cake dah sejuk,
barulah saya pun sibuk nak belajar buat kek. Saya mohon pada sahabat baik, sekampung dan membesar bersama untuk
share resepi choc moist cake. Saya tahu dia ada buat kelas kek dan biskut. Saya
pun tak kisah andai saya perlu hadir ke kelas beliau dan membayar RM180.00
untuk harga resepi kek tuh. Malangnya sahabat saya menyuruh saya google ajer
resepi tuh. Pada hemat saya kalau nak belajar perlu GURU.
Saya
kecewa dengan sahabat ini…..sangat kecewa sebab saya tidak minta secara
percuma. Saya sanggup bayar untuk hadir kelas beliau.
Kemudian
saya google juga…hehehee…lain yang dicari lain pula yang saya jumpa. Saya jumpa
kelas membuat kek. Saya ditemukan dengan guru yang sangat bagus. Guru yang
minta saya belajar ‘baking’ untuk berniaga bukan belajar untuk suka-suka.
Hati
belum terbuka untuk berniaga. Bagi saya biar ilmu penuh didada. Tambahan lagi
sudah terlalu ramai yang berniaga biskut dan kek nih.
Hampir
3 tahun mengenali guru ini saya sangat
hormat pada beliau kerana dia bukan seorang ‘penjual resepi’ tetapi dia
mengajar saya buat duit dengan ilmu ‘baking’. Tapi saya tak ready lagi untuk
berniaga.
Ramadhan
baru-baru ini (Ramadhan 1436H) – Kebiasaannya ibu-ibu sudah mula membelek buku-buku
resepi untuk persiapan kuih muih dan juadah raya tak terkecuali mak saya. Mak
dapat tahu sepupu beliau ada resepi biskut kuaci yang sedap. Mak pun cuba minta
resepi untuk dicuba. Tapi jawapan yang diterima mak sangat mengharukan beliau.
Sepupu mak kata, “ Saya tak berani nak bagi resepi tuh la kak Ti. Kalau akak
berani mintalah pada kak TUUUT….”.Saya ulang…Kalau Berani!
Balik
kerja mak cerita pada saya. Saya pesan pada mak, lain kali jangan minta pada
orang, sebab orang pergi kelas berbayar, tak akan orang nak bagi kita macam tuh
jer?
Dalam
hati saya, ilmu Allah pun nak kedekut (berbalik pada terma sedekah). Ilmu yng
bermanfaat kenapa kita tak nak share? Takut orang lain lebih pandai? Tapi tak
takut Allah tarik balik nikmat yang dah dikurniakan? Ingat sahabat…ILMU itu
milik Allah….Tiada yang milik kita.
Setahun
saya menjadi liker tegar Zon Kuliah. Ustaz Abdulllah Khairi, Ustaz Fawwaz dan Ustaz Wadi merupakan ustaz favorite saya.
Teman sebelum saya tidur. Ustaz ini sering mengingatkan saya untuk menanam saham
akhirat. Saham yang paling tinggi return adalah menyebarkan ilmu. Mengajar
sesuatu pada orang lain. Namun saya tak punya banyak ilmu untuk diajar. Nak
buka tahfiz macam ustaz Abdullah Khairi jauh sekali.
Suatu
pagi sesudah solat subuh saya berbual kosong dengan suami tentang perancangan
hari tua. Sudah sampai masa, kita hidup memberi manfaat kepada orang lain. Kita
nak kaya tapi bukan hanya untuk diri kita. Kita nak kongsi dan memberi sesuatu
kepada orang lain.
Tadaaaa………
Saya
tekad untuk berkongsi dan membantu sahabat diluar sana yang tidak ada sumber
pendapatan atau mungkin ingin menambah pendapatan. Membantu mereka yang minat
berniaga tetapi tiada barang untuk diniagakan atau peniaga yang tidak mempunyai
modal yang besar dan mereka yang baru dalam dunia perniagaan.
Sukar
untuk diungkapkan kata syukur. Seandainya saya ucapkan rasa syukur saya setiap
saat mahupun setiap kerlipan mata sekalipun tidak mampu saya membayar nikmat
Allah terhadap anugerah perniagaan ini.
Bersyukur,
Allah bagi saya sedikit ilmu, keyakinan, ketabahan dan kesihatan. Berkat hidayah dariNya saya
usahakan Royal Drop Cookies – The Drop Cookies Experts.
Untuk
pengetahuan sahabat, ketika kisah ini ditulis Royal Drop Cookies – The Drop
Cookies Experts baru 5 bulan berada dipasaran.
Kami
telah mempunyai Stokis yang sangat energetic dan bercita-cita tinggi di Sepang,
Puchong, Kajang/Bangi, Gombak terbaru Port Dickson. Diperkuatkan lagi ajen dan
wakil jualan di banyak kawasan. Terima kasih pada sahabat semua. Semoga Allah pandang usaha kita, menambah keberkatan rezeki dan umur serta di bimbing olehNya dalam menjalankan
perniagaan sahabat semua. Perkenankan ya Allah.
Kami
juga membekal produk Chocolate Chips kami untuk Rumah Anak Yatim Nur Iman bagi
menampung perbelanjaan operasi rumah anak yatim ini. Semoga Allah menerima
saham akhirat saya hendaknya, dengan berkongsi ilmu dan rezeki yang tidak
seberapa.
Doakan
saya dan Royal Drop Cookies agar terus berjaya dan terus memberi sumbangan
selagi Allah pinjamkan nikmat yang sedikit ini kepada saya.
Saya
akhiri kisah saya dengan sedikit pesanan dan perkongsian ilmu – sahabat, untuk
berjaya perlu diiringi dengan niat. Pastikan niat kita betul. Nak kaya untuk apa? Seterusnya berusaha dan bertawakal.
Dedikasi kisah ini buat
suami tercinta, anak –anak tersayang, mak abah, adik beradik dan semua ahli
keluarga
Jangan lupa baca tips untuk berjaya di https://www.facebook.com/royaldropcookies/
No comments:
Post a Comment